Jenama Anda, Jiwa Kami — Dibina dengan Pengalaman, Disokong oleh Hasil
Selama lebih dua dekad, kami mencipta jenama dan pembungkusan yang meninggalkan kesan — membina hubungan, bukan sekadar jualan — bukan sahaja untuk kumpulan kami sendiri, tetapi juga untuk pelbagai perniagaan di rantau ini. Dari Singapura dan Malaysia hingga ke Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Hong Kong, China malah sehingga ke Eropah Barat — hasil kerja kami sampai ke mana sahaja pasaran anda berada.
Dengan kepakaran mendalam dalam “Branding, percetakan dan packaging”, kami bukan sekadar pengeluar — kami rakan strategi anda, sedia mendengar, mencipta dan menghidupkan idea anda, tanpa beban kos agensi yang mahal.
Jom berbincang bersama-sama, kita jadikan idea anda satu kenyataan.
Apa yang kami tawarkan:
Baiki apa yang rosak:
Elak kesilapan pemula:
Keluaran produk lebih pantas:
Packaging yang mahal? Design kurang mantap?Brand mengelirukan?
Identiti korporat lemah?
Kami akan permudahkan.
Kami dah melalui semuanya—anda tak perlu ulangi.
Manfaatkan rangkaian pembekal kami yang
disempurnakan lebih daripada 10 tahun.
Kenapa pilih kami?
Diketuai pengasas & ahli senior:
Tiada pasukan junior atau perunding yang kurang pengalaman.
Jujur terus terang:
Jika idea anda tak berkesan, kami akan beritahu—dan cari jalan
penyelesaian.
Rekod terbukti:
Lihat portfolio kami atau berbincang dengan pelanggan lama kami—prestasi kami yang menjawab.
Semangat mengatasi keuntungan:
Keuntungan perlu, tetapi misi professioal dan maruah brand kami tetap di tempat pertama.
Kami bukan untuk semua orang.
Kami mahu berjaya bersama business partner yang berazam untuk melangkah lebih jauh—bukan mencari jalan pintas. Tiada gimik, tiada jargon. Hanya perbualan jujur tentang apa yang benar-benar berkesan.
→ Hubungi kami hari ini | Tiada jawapan automatik. Tiada basa-basi.
Managed by Freshening Industries (M) Sdn Bhd
a member of Freshening Singapore group
Click QR to WhatsApp
For inquiries about wet wipes and products for kitchens, restaurants, cafés and bakeries, please WhatsApp or email us at info@golaa.com
Currently serving Brunei, China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore and part of Europe © 2024 by Golaa.com.